Saturday, May 21, 2011

tidak sehebat mana..

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
Isteri yang kamu nikahi tidaklah setakwa Aisyah,
Isteri yang kamu nikahi tidaklah setabah Fatimah,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita2 menjadi solehah.
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
bukan juga Saidina Ali Karramallah Wajhah,
cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama,
menginsafkan kita akan perlunya iman dan takwa,
untuk belajar meniti sabar dan redha,
kerana kita tidak sehebat mana.

Tuesday, May 03, 2011

Terima Kasih Abah & Terima Kasih Umi...


Dari tien kecik2 sampai sekarang;

ABAH
abah slalu bawa tien jalan2 naik motor z abah.
abah bawa tien naik perahu waktu banjir kat rumah nenek. budak2 lain semua jeles.
bila tien tadika abah tukar motor suzuki je.abah hantar tien pegi tadika.
balik tadika abah ajar tien naik bas sendiri. terima kasih abah ajar tien berdikari.
bila hari pertama naik darjah 1,semua budak nangis sbb xnak kena tinggal. abah nak tunggu tien tp tien suruh abah tinggal tiensebab tien tau abah sibuk keje..
hari ke3 darjah 1 abah ajarkan tien cara kemas buku ikut jadual. terima kasih.
hari2 abah tinggalkan latihan untuk tien buat.
bila abah balik keje abah akan cek.
terima kasih abah sbb masih sempat luangkan masa untuk tien..
bila tien darjah 3,cikgu lantik tien jadi pengawas.
terima kasih abah sebab belikan tien kasut hitam.
bila tien darjah 5 abah belikan basikal baru untuk tien. warna merah dan lagi besar dari basikal kawan2 tien. tien dapat guna sampai tingkatan 3.terima kasih abah.
bila UPSR abah amik cuti seminggu untuk hantar dan ambik tien kat sekolah.
terima kasih abah sbb hantar tien.
bila hari result UPSR keluar,abah datang ke sekolah dari office untuk tengok result tien,tp tien cuma dapat 3A..tien mintak maaf hampakan abah.
bila tien form 3 skali lg tien hampakan abah. tien cuma dapat 2A. maaf abah.
bila form 4 abah masukkan tien ke sekolah teknik. tp spm tien cuma dapat 2A. maaf abah.
lepas tu abah hantar tien masuk kolej kat kuantan. bila tien demam abah sanggup bergegas dari kelantan ke kuantan semata2 nak bawa tien ke klinik. bukan skali tp byk kali.
terima kasih abah sebab sanggup bersusah untuk tien.
untuk senangkan tien ke kelas,abah bg tien kete abah.
sedangkan abah naik motor ke pejabat.
bila hujan habis abah basah kuyup. maafkan tien abah.
bila abah dah ada kete baru tien rasa lega.
bila tien nangis2 kat abah tiap hari abah pujuk tien.
abah nangis bila tien nangis.
bila tien cakap tien dah xnak belajar lagi,abah redha.
abah bawa tien balik kelantan,abah hantar tien ke kolej baru kat kota bharu.
terima kasih abah sebab xpernah skali pun putus asa dengan tien.
abah belikan tien kete baru yang tien pilih sendiri.
dan kete sebelum tu abah bagi kawan laki tien guna. terima kasih abah.
bila tien kenalkan kawan lelaki tien pada abah,abah senang hati.
terima kasih abah sebab bagi restu.
bila kami suarakan hasrat untuk berkahwin,abah tiada sedikit pun bantahan.
dengan ikhlas abah menaja sepenuhnya majlis kami tanpa diminta.
tien nampak abah tersenyum.
umi cakap abah lega sebab dah jalankan tanggungjawab menikahkan tien dengan lelaki yang baik. tien bersyukur jadi anak abah.
maafkan tien sebab xdapat hadiahkan abah majlis konvo tien sebab tien berenti belajar.
berkali2 tien hampakan abah tapi abah tetap bersama tien.

TERIMA KASIH ABAH.


UMI
terima kasih sebab lahirkan tien.
umi dodoikan tien tido. walaupun umi dah letih buat keje rumah.
umi bagi tien cukup makan,minum, dan pakai.
bila tien masuk umur 3 tahun umi ajar tien english. hari2 kena hafal. bila tien lupa,umi hukum tien duduk luar rumah.
terima kasih umi sebab umi buat mcm tu la tien slalu dpt A english smpai skrg.
bila tien masuk tadika umi slalu sikatkan dan dandankan rambut tien. terima kasih umi.
sebab umi,rambut tien kemas.
bila tien masuk darjah 1 umi sediakan sarapan untuk tien.terima kasih umi.
umi sediakan bekal. duit abah bagi tien dapat masuk tabung.
umi ajarkan tien cara gosok baju sendiri. terima kasih.
pernah sekali tien lawan cakap umi. terus umi cilikan mulut tien.
terima kasih umi sebab selamatkan tien dari jadi anak derhaka.
bila tien dapat jadi pengawas,umi jahitkan tien baju pengawas. terima kasih umi.
bila tien minta apa2,umi sentiasa tunaikan selagi umi mampu.
terima kasih umi sebab banyak bersusah payah untuk tien.
bila tien nak kuar dengan kawan2,umi sanggup hantar dan ambik sebab umi xnak tien susah2.
walaupun tien lebih rapat dengan abah tapi percayalah tien sayang umi sangat2.
terima kasih untuk setiap darah,airmata,peluh keringat yang umi titiskan demi tien.
tien bersyukur dapat jadi anak umi.

TERIMA KASIH UMI.