Saturday, May 21, 2011

tidak sehebat mana..

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
Isteri yang kamu nikahi tidaklah setakwa Aisyah,
Isteri yang kamu nikahi tidaklah setabah Fatimah,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita2 menjadi solehah.
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
bukan juga Saidina Ali Karramallah Wajhah,
cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama,
menginsafkan kita akan perlunya iman dan takwa,
untuk belajar meniti sabar dan redha,
kerana kita tidak sehebat mana.

1 comment: