Wednesday, April 16, 2014

Raja Ahmad Umair's born day!!


Lepas 9 bulan 16 hari ada baby membesar dan menceriakan hidup kami dari dalam perut bonda, maka lahirlah baby bernama raja ahmad umair yg over due 6 hari. sebenarnya 2 hari sebelum umair lahir memang dah ada show tapi sebab ni pengalaman kali pertama so buat xtahu jelah sebab belum ada rasa sakit2 nak bersalin,just setompok darah je.. itu pun sekali tu je..2 hari kemudian pegi klinik sebab ada temujanji..bila cerita dekat nurse pasal setompok darah tu terus nurse suruh pegi hospital..

So otw ke hospital tu mula rasa macam lain je..perut mula rasa sakit sikit2. lebih kurang pukul 10 pagi sampai kat wad bersalin,daftar dan masuk bilik saringan untuk cek bukaan, scan, ctg, dan macam2.. Lama sangat semua tu sebab ramai betul orang mengandung yg menunggu..

At last pukul 5.30 ptg tu baru dapat katil kat wad.. Masa tu perut da memang sakit da. Duk macam mana pun serba xkena. Makan pon da xleh nak makan sebab tengah tahan sakit, suami yg kebetulan ada kat situ tolong urut2 belakang. Masa tu umi pun ada. Lepas waktu melawat habis semua balik so tinggal la bonda sorang2 menahan sakit, bila cek bukaan baru 2cm tapi sakitnya memang x tahan. Menangis sorang2 sambil baca doa2 dan teringat kat walid sangat2.. Pukul 9 malam bonda minta nurse cek bukaan lagi, malangnya masih 2cm. Pukul 11 malam nurse cek lagi da 4cm so da boleh masuk bilik bersalin. Masa tu terus sms walid suruh datang sebab da sampai masa nak bersalin. Sementara nak tunggu bukaan fully 10cm tu bonda terbaring menahan sakit sambil ditemani oleh walid di sisi sambil tu walid tengah blurr dan resah..
Lepas berjam2, menangis sudah, mengerang sudah, hampir meraung sudah, akhirnya  pukul 6.30pagi baru fully bukaan 10cm. Masa tu doktor dan nurse semua da ready tp sempat la diorang pegi panggil walid yg baru lepas solat subuh ..

Berkali2 bonda teran tp umair xjugak keluar mungkin sebab bonda xpandai nak teran cara yg betul.. Lama2 bonda da lemah sebab seharian x makan dan kehabisan tenaga.. Masa tu bonda dengar doktor cakap kat walid jantung umair da lemah dan diorg terpaksa bedah sebab x boleh tunggu lama da takut umair lemas.. Lepas bonda dengar semua tu terus bonda teran sepenuh sisa tenaga yg ada sampai la umair keluar.. Masa tu bonda menangis kuat2 sebab rasa syukur sangat2..Masa tu lega sangat rasa tapi tiba2 takut sebab umair x menangis.. Lepas doktor tepuk2 belakang umair baru la nangis.. Alhamdulillah.. Pengalamam lahirkan umair memang perkara paling menyakitkan dalam hidup bonda masa tu dan tuhan je yang tahu macam rasanya yg bagai nak tercabut nyawa tu... Tapi semua tu seolah2 hilang bila lepas umair keluar tu doktor terus letak umair atas badan bonda, seolah2 cinta pandang pertama...yg x bestnya umair berak atas badan bonda masa tu.. Hahaha..

Maka lahirlah Raja Ahmad Umair Bin Raja Mohamad Khalil jam 6.57pagi pada 03 julai 2012..

No comments:

Post a Comment